ݡabcdekaa.blogspot.com
Assalamualaikum and Hey, it's Eka here, and welcome to my blog.
Pleae be nice, and I will be nice to you too. Thanks for visiting here, Fellas!
Nur Atikah, 8teen.
♔ facebook ♔ twitter

Name : Nur Atikah
Gender : Female
BirthPlace : Malacca


I Love
✿ Mom ♥
✿ Father ♥
✿ Siblings ♥
✿ Friends♥
✿ ♥

♔Footprints in the sand.
♔Flyaway.
loved loved loved


This layout was coded by !mesmeriz.ed♥/mindy, with scrolling codes from noturcupoftea, images from thefadingnight/reviviscent and background from fivepointsapart.
♔Parallel Worlds
Saturday, November 2, 2013 ♔ 1:18 PM
Entah

Assalamualaikum.

Sedih kan kalau kita dah plan future kita tapi family sendiri dah awal-2 lagi plan future kite semua.
Pergh kalau kau kuat takpe, ni aku cemane ni?

Entah.

Aku ingatkan Rabu ni nak settlekan IC semua bagai lah kan tapi rupa-rupanya parents dah ade plan diorang dulu.

One word, sedih.

"Ade yg dah minat dengan Along ni."
Oh ye, aku anak sulung so tu nama panggilan dalam family aku.
Lebih kuranglah ayat mama aku tu.
Kau tak tahu cemane aku nak hadap tu semua.
Sakit.
Perit.
Semua ade.

"Tapi cemane dgn preparation Along nak masuk kampus tu semua? Barang-2 tak lengkap lagi then I need to complete it first and why you all do this to me?"
Mula air mata aku mengalir.
Entah kenapa parents semangat pasal ni.
"Rabu ni nak jumpa family dia."
Straight mama cakap centu tanpa pedulikkan soalan aku sebelum ni.

Oh myyyyyyyy....

Aku tak bagi tahu sesape pasal ni termasuklah kawan-2 aku semua.
Classmates aku pun aku tak bagi tahu.
Terkejut pasal ni.
Macam mana reaksi diorang kalau aku bagi tahu ni?
Macam mana penerimaan diorang kalau bg tahu pasal ni?

Aku cuma fikir Akmal Hakim waktu tu.
Macam mana reaksi dia bila dapat tahu pasal ni.
Aku langsung tak bersedia.
Serious, tak terlintas langsung pasal ni.

Sedih. Sangat.

Padahal kelmarin ade jumpa Amal.
Kite gelak, senyum bagai tapi kalau Amal tahu ni apa dia fikir?
Apa dia cakap nanti?
Yang penting cemane perasaan dia nanti?
Hmm...

Persiapan pasal ni aku tak ambek port langsung.
Tema, warna so whatever ahh pedulikkan aku tak fikir pasal tu semua.
Aku cuma fikir masa depan aku.
Cemane aku nak hadap, nak handle tu semua.
Kau tahu apa?

"Untuk tema lelaki warna merah. Diorang nak warna merah" - Mama
"Hmm.. Buatlah ape yg diorang suka." - Aku
"Untuk belah perempuan Mama tak tahu lagi Along nak decide warna apa. Pilihlah."
"Entahlah Ma. Mama jelah wakil along. Pilih mane warna ke tema ke yg sesuai."
Nampak dah tak bermaya langsung aku time tu.

Aku dah tak tahu nak cakap ape dah.
Mungkin ni dugaan utk aku.
Untuk aku jadi lebih kuat lepas ni.
Aku percaya Allah uji aku mcm ni sebab ade hikmahNya.
Aku dah redha masa tu.

Tapi, aku masih fikir Amal.
Bila buat persiapan ni semua pun teringat Amal.
Allahu...
Tension.
Fed-up.
Apa lagi?
Blerghhhh.....

'Bakal' aku tak pernah tahu kewujudannya.
Tak pernah jumpa dia.
Tak pernah contact dia.
Yang penting aku tak pernah terlintas langsung family aku pernah kenal dgn family dia.
Aku akui dia lebih kaya, lebih berharta, lebih berada dari family aku yg serba sederhana ni.
Jangan ingat dgn kekayaan yg kau ade kau boleh beli aku, beli maruah aku, yg penting maruah family aku.
Sigh.

Aku fikir negatif je bila berhadapan dgn ujian Allah ni.
'Bakal' tu dia lebih tua daripada aku.
Dia sedikit tak sempurna mcm kita ni.
Tu sedikit info pasalnya.

"Even dia family yg berada tp dia tak mcm apa yg Along fikirkan." - Mama
Aku diam je. Dengan bermuka masam mencuka, terus aku mendiamkan diri.
Bersendirian lebih elok utk waktu mcm ni.
"Minggu depan dah nak berlangsung dah kak." Mama bg tahu Mak.
Mak tu baby sitter aku masa umur aku 6 bulan sampailah 13 tahun.
Lama kan? Mak pun tak percaya pasal ni.
Mak nangis. Dia tak sangka.
Dia tak dapat nak agak kenapa mama ayah buat mcm ni.
"Eka jaga diri bebaik. Mak doakan yg terbaik utk eka. Papehal boleh bg tahu mak. Tau."
Family aku dgn family baby sitter ni dah mcm saudara rapat.
Sampaikan family aku dah kenal saudara-mara belah baby sitter ni.

"Nanti nak pergi rumah family belah lelaki jap. Along kena ikut."
Mula dah air mata ni nak mengalir.
Aku dah tak bantah apa dah.
Cuma ikutkan aje kehendak parents tu.
Semoga aku sendiri tabah nak hadap ujian Allah ni.

Penat. Sangat.

Mama Ayah pilih time tu nak bertemakan berbaju warna hitam.
Ayah pakai baju batik warna hitam mama pulak baju kurung warna hitam.
Aku? Macam biasa mama pilihkan warna hijau.
Aku ikutkan aje.
Dah sampai rumah belah lelaki, Mama Ayah dah jalan dulu.
Turun kereta kemain semangat.
Aku? Berat betul nak melangkah keluar dr kereta.
Berat betul nak teruskan utk melangkah masuk dalam rumah pihak lelaki.

Malam tu, for the first time aku jumpa family belah lelaki.

Baru aku faham kenapa mama pilih warna hijau utk aku.
Rupanya 'dia' pun sama warna hijau.
Kononya nak nampak matching.
Kasi nampak comel ah.
Konon.

For the first time jugak aku jumpa 'dia'.

"Jemputlah masuk aunty, uncle." *sambil tersenyum*
Ah sudah.
Mama ayah dah masuk dulu.
Aku cemane? Hmm...
Mama dgn ayah sempat pandang belakang tengok aku dgn 'dia'.
Mama ayah senyum tengok kiteorang.
Tahu tak perit tu apa?
Tahu kan?
Macam tu lah aku rasa malam tu.

"Awak, jemput masuk. Jom." *sambil senyum*
Aku tunduk. Pandang belakang sambil lap air mata aku.
"Cemana dgn Amal? I need him." *cakap dlm hati*
Fuhhh sedih gila. Serious.
Aku tunduk sambil jalan.
Langsung tak balas apa yg 'dia' cakapkan.
Aku mengaku time tu aku fikir pasal Amal je.
Serious.

Ade sedikit jamuan dkt rumah belah lelaki.
Tapi sebelum tu, ade masalah sedikit.
Hujan lebat.
Memang lebat.
Entah mcm mana ade sedikit salah faham time tu.
Aku betul-2 tak bertenaga waktu tu.
Bersandar je.
Muka aku bukan nak senyum kepe.
Kelat sangat kalau nak senyum tu.
Dah boleh faham kan cemane situasi aku time tu?

Mama dgn ayah ambek keputusan utk balik awal time tu tanpa jamah apa-apa pun.
Aku ikutkan je.
Memang dah tak larat time tu.
Mata jangan cakaplah bertambah bengkak.
Faham-faham jelah.
"Maaflah kak, saya balik dulu. Maaf ye." -Mama
Mama dgn mak 'dia' bersalaman.
Aku salam mak 'dia' pun sambil lemparkan fake smile.
Parents 'dia' betul-2 mintak maaf apa yg dah berlaku time tu kat parents aku.

Aku masih tak larat. Duduk tersandar dgn muka takde tenaga.
"Sebelum balik tu, ambek ni dulu." Mak 'dia' tunjuk cincin kat Mama
3 cincin(s)
Dah kenapa banyak sangat cincin ni? Aku pun tak faham dah kenapa.
Mama ambek then hulur 3 kotak yang berisi cincin tu kat aku.
Aku ambek pun dgn tak semangatnya.
Parents 'dia' tengok salah satu cincin yg aku pakaikan kat jari ni.

Dah ketiga-tiga cincin dah try, aku salam lagi sekali mak 'dia' then minta izin balik dulu.
"Pilihlah mana yg disukanya." - Mak 'dia'
Tak tahu ke perasaan aku time tu cemana?
Sedih yg teramat sangat.

Aku akui mak 'dia' pandai masak.
Menu itu ini semua dalam kepala.
Bakery kepe pun ada.
Cakap je nak makan apa, mak 'dia' boleh buatkan.
"Mak 'dia' baik kan? Pandai masak memacam." - Mama
"Ibu Amal pun pandai jugak masak mcm tu." *balas dlm hati*

Aku betul-2 dah tak dapat tahan air mata aku time tu.
Kalau korang kat tempat aku, mungkin korang akan rasa benda yg sama.
Perit dia dah takde limit dah.

Ade something yg kejutkan aku daripada tidur.

Oh, alarm phone. Time tu pukul 11.20 am.
Mimpi rupanya tu semua.
Mimpi di siang hari.
Nampak sangat aku penat.
Terjaga je aku dr tidur  aku beristighfar terus.
Oh ye, mimpi tu stop sampai alarm phone aku berbunyi.

Terus ambek wudhuk.
Solat sunat Dhuha.
Aku tak bercakap sepatah pun dgn sesiapa sampailah lepas habis solat sunat tu.
Mohon Allah kuatkan aku semangat.
Aku percaya parents aku takkan buat mcm tu kat anak dia.

Sah, syaiton mereka drama sinetron masa aku tidur tadi.
Mengantuk sangat.
Aku tertidur pukul 10 am lebih td.
Hmm...

Tapi, watak 'dia' dalam realiti hidup ni mmg tak wujud.
Yang lain, mmg wujud.
Aku jadi pendiam kejap lepas dapat mimpi tu.
Entah.

Apa pun dugaan, harap Allah sentiasa kuatkan semangat, kuatkan iman agar aku tak mudah jatuh tersungkur.
Aamiin...

Aku buat pilihan utk update blog ber-intikan cerita mimpi aku ni utk share dgn korang.
Aku suka typing.
Suka sangat.
Ni cuma cerita mimpi aku tadi.
Alhamdulillah takde apa yg berlaku.

Mudah-mudahan Allah permudahkan segala perbuatan dunia dan akhirat.
Allahumma aamiin.

Jaga diri.
Jaga iman.
Jaga parents.

Assalamualaikum.

Nur Atikah.
1:18 PM
2 Nov 2013
back to the top